Thursday, 28 February 2013

Bisnes untuk pelajar

Assalamualaikum...

Saya budak baru belajar ambil galah tolong tunjukkan. Huhuhu..punya la semangat.. Berbelog baru la katakan. Ok. Tapi saya bukan nak cerita pasal tu. Korang minat buat duit tak? I mean bisnes kecil kecilan.

Saya terfikir nak buat pos ni sebab saya ingat mesti ramai yang macam saya. Sebelum ni saya pun ada jugak duk google google bisnes apa yang sesuai nak buat. Tapi mostly yang ada bisnes internet, jual tudung, jual baju, jual cupcake jual bla bla bla. Nak buat bisnes tp pengalaman takde, modal yang besar apatah lagi..susah tu, susah. Ha... Bisnes yang saya nak cadangkan ni sesuai untuk student student yang rajin bangun awal. Actually sesapa pun boleh buat tapi perlu ada lomitmen la. Biasa la student kan selalu jer kepokaian. Nak beli tu nak beli ni. Kalau nak harapkan duit elaun bulanan mana nak cukup kan.

Actually bisnes ni kami bukan rancang pun. Tetiba jer terasa nak berniaga. So dengan modal yang sedikit, kami pun beli la apa yang patut. Cuba teka jual apa.....

Jeng jeng jeng, kami jual sandwich. Sandwich telur, sardin dengan campur. Laku wooo...Tak caya try la. dalam 2 hari da berbalik modal. Kalau kelas korang ada ramai orang lagi laku. Biasa la, student kan lapar jer memanjang lepas memerah otak dengan tekun dalam kelas. Huhu so apa salahnya kita membantu mereka yang memerlukan tenaga extra kan :)

Mula mula nak jual tu nervous jugak. Ingatkan da tak laku bisnes kami sebab on first ngn second day tu lambat sikit habis stok. Tapi selidik punya selidik ramai classmate yang tak tahu kami ada jual sandwich. Lepas kami announce, Alhamdulillah, sebelum masuk kelas yang kedua tu semua sandwich da sold out. Hehe sekarang ni da ada kawan yang panggil kami tauke sandwich. And btw kalau nak tau kami kongsi buat ni empat orang. Modal kurang and kerja nak buat pagi pagi pun tak banyak :)

Pagi pagi bangun dalam pukul 5:45 pagi terus rebus telur dulu :)


Ni la sardin yang kami gunakan


Sebab kami ni semua student so kena jaga diet. Salad campur  ngn egg mayo :>


Ni la roti sardin campur egg mayo, siap potong dan siap balut. Yang paling laris setakat ni :)


Actually kami tak buat banyak pun. Bajet dalam 1/3 kelas jer. Takut nanti buat banyak tak habis pulak. Kan kes naya tuh huhuhu =>






No comments:

Post a Comment